10 Comments

Kepentingan Komputer Dalam Kehidupan

Salam…sempena Bulan Pengenalan ICT SKSI ni, saya nak berkongsi dengan semua pelajar SKSI tentang pentingnya komputer. Mungkin bukan sekarang untuk pelajar-pelajar, mungkin bukan 2, 3 tahun lagi…tapi satu hari nanti akan sampai masanya. Jom kita tengok apa pandangan orang lain terutamanya yang dah bekerjaya tentang kepentingan komputer.

About these ads

About ReddersCreepers

I'm a Liverpool fan from Malaysia. I blog in Malay for the local fan here ;-)

10 comments on “Kepentingan Komputer Dalam Kehidupan

  1. Komputer merupakan satu alat pembangunan modal insan yang mempunyai kredibiliti sebagai insan bermaklumat. Menerusi komputer pelajar mampu berdikari, memiliki azam mencipta masa depan yang lagi baik serta kemahiran teknologi yang lebih tinggi..Selain itu, pengetahuan awal yang dibina sejak bangku sekolah akan menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang memiliki minda pelajar kelas pertama menerusi pemecahan teknologi maklumat tanpa sempadan.. – Pelajar Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat,UKM

  2. Pengetahuan tentang ICT ini merupakan suatu ilmu yang tidak boleh disingkirkan daripada pemikiran manusia masa kini. ICT merupakan salah satu gerbang intelektual di mana seseorang manusia itu dapat berkomunikasi secara lebih dekat tanpa menggunakan telefon. Contohnya, pada 24 March ini, maka Malaysia akan menempuhi sejarah baru iaitu, pelancaran High Speed BroadBand daripada Telekom Malaysia yang menunjukkan bahawa teknologi maklumat adalah elemen yang sangat penting dan menjadi keperluan.

    Daripada segi pengalaman saya, sebagai seorang System Analyst / Developer for .NET and Microsoft SharePoint Server 2007 (Microsoft SharePoint Server and .NET Consultant for TM), terlalu byk komponen yang masih perlu dipelajari untuk memudahkan kerja-kerja manusia, daripada menggunakan sistem legasi, kepada automasi,seperti penyimpanan dokumen ke dalam pustaka dokumen (document library) hinggalah ke Business Solution Dashboard. Semuanya memerlukan ilmu berkaitan IT, even nak baca buku pun, xperlu lagi untuk pergi ke kedai-kedai buku, hanya baca dalam bentuk Printable Document Format (.pdf).

    Dari segi perubatan moden, kejuruteraan genetik juga menggunakan pendekatan ICT sebagai penyelesaian terutamanya perkara yang berkaitan dengan pengecaman DNA. Banyak lagi yang masih perlu diteroka oleh anak-anak muda masa kini, bukan hanya bermain Game PC, malah membina game sendiri menggunakan Software tertentu. Namun penyalahgunaan ICT semakin meluas kerana ICT itu sendiri membawa kita ke dunia tanpa sempadan. Fikirlah yang terbaik – System Analyst / Developer for .NET and Microsoft SharePoint Server 2007 (Microsoft SharePoint Server and .NET Consultant for TM)

  3. Tidak dinafikan komputer amat penting dalam kehidupan pada zaman kini. Bagi saya, komputer hanyalah mesin yang melakukan kerja-kerja manusia. Komputer akan lebih bermakna apabila wujudnya internet yang merupakan ‘roh’ kepada komputer. Kenapa saya katakan Internet adalah ‘roh’ komputer? Ini kerana dengan adanya ‘roh’ ini, komputer merupakan antara alat perhubungan terluas, sumber maklumat tanpa sempadan serta mesin yang memudahkan kehidupan seharian. Namun setiap perkara pasti ada baik dan buruknya.Sebagai manusia yang ALlah bekalkan akal fikiran, kita perlu pandai membezakan antara baik dan buruk. So adik-adik sekalian, gunakan lah nikmat Allah ini dengan sebaiknya.. – Solution Architect di Telekom. Hari-hari mengadap laptop a.k.a komputer.

  4. Seingat saya, saya mula menggunakan komputer pada tahun 96 waktu saya berusia 10 tahun. Pada masa tu yang ada dalam fikiran hanya permainan komputer. Waktu itu permainan bola lah yang dihadap setiap hari. Bermain permainan komputer ada kebaikan dan keburukan. Org selalu berkata main game membuang masa. Memang betul, tapi bagi saya dari situlah minat menggunakan komputer timbul. Untuk bermain permainan komputer, kita perlu mahir menggunakan tetikus(mouse) dan papan kekunci(keyboard). Untuk memasang(install) permainan tersebut kedalam komputer juga perlukan kepakaran. Sebelum FIFA, saya main permainan komputer berjudul DOOM yang dulunya dapat dimuatkan dalam disket. Jadi dari situ saya belajar istilah salin(copy), tampal(paste) dan lain-lain fungsi asas. Di sekolah rendah dulu hanya belajar mewarna gunakan komputer, di sekolah menengah gunakan powerpoint. Itu sahaja seingat saya. Di matrix dah mula gunakan untuk persembahan slaid dan membuat tugasan. Di universiti boleh kata setiap masa menggunakan komputer. Projek yang menentukan kita dapat ijazah atau tak tu pun dibuat menggunakan perisian Word yang adik-adik di SKSI belajar sekarang. Dan sekarang waktu kerja dah tentu menghadap komputer untuk kemaskini blog SKSI ni. Jadi adik2 semua fikirkanlah kepentingan komputer ni untuk masa depan. Jangan ejek kawan yang suka main permainan komputer, sebaliknya nasihat supaya tak lupakan pelajaran. Orang yang bermain permainan komputer tak semestinya perlu jadi orang yang meninggalkan pelajaran. Sekian – Fasilitator Schoolnet SKSI

  5. Zaman sekarang ni, boleh dikatakan semua sektor pekerjaan menggunakan komputer. semua kerja jadi senang dengan komputer. memang bagusla kalau adik-adik yang masih bersekolah dapat belajar pasal komputer dari awal. bak kata pepatah Melayu, melentur buluh biar dari rebungya. adik-adik patut rasa bertuah sebab dapat belajar komputer. jadi janganlah sia-siakan peluang yang ada. belajar rajin-rajin ok? – sub-editor, The Star newspaper

  6. Salam untuk Malaysia…ya, saya kembali memberi komen. Komputer adalah suatu alat bak kata year 1, one of the non-living thing. Simple as that. Actually, komputer dah lama diguna. Saya belajar komputer dulu, guna Control, tab, bar kemudian guna keyboard. Sekarang dah tak guna mouse, guna jari je..apa lagi yang nak. Semua dah canggih dah. Sikit hari lagi komputer boleh masuk dalam poket… lagi senang nak bawa.. kita je yang ketinggalan. So, students done waste your time…gunakan apa yang ada ni..jangan dilepaskan peluang. Zaman makin maju, manusia saja yang kolot dan ketinggalan zaman. Malu ngan datuk nenek kita dulu-dulu, yang tak tahu apa. Kita patut berbangga dengan apa yang ada sekarang. Belajar dan terus belajar. Itulah yang patut ada dalam diri kita. Bukan merosakkan diri. Sayangi diri kita..dan hormati diri kita. Oleh itu, students, teruskan usaha untuk berjaya dan berjaya dengan cemerlang.

  7. Salam utk warga sksi dan salam 1 malaysia.
    Kemahiran dalam ICT akan memudahkan kita melakukan kerja harian. Kita boleh mendapatkan maklumat semua perkara yang kita mahukan dengan hanya menekan beberapa butang di keybord komputer. Kita boleh mengira tanpa perlu menggunakan culculator. Kita tidak perlu menggunakan pemadam atau liquid paper sekiranya kita tersilap taip. kita boelh menyimpan sebanyak mana data atau maklumat yang kita mahu dalam komputer.
    Masih saya ingat bagaiamana seorang staff saya marah apabila format laporan yang saya minta dia sediakan salah dan saya minta dia betulkan. Katanya ” En. ingat senang ke nak buat ini”. Oleh kerana masa tu saya memang buta komputer saya pun percayalah kata-katanya. Tapi bila saya dah mula belajar komputer dan mula mahir dalam menggunakan komputer saya dapati apa yang saya minta dia buat itu adalah perkara yang paling mudah sekali.
    Moralnya, kita perlu mahir dalam mengendalikan komputer supaya kita tidak diperbodohkan oleh orang yang celik komputer.
    Oleh itu, saya harapkan siswa-siswi sksi gunakanlah kemudahan makmal komputer dan bilik akses dengan sebaik-baiknya agar anda semua menjadi insan yang CELIK KOMPUTER.
    Sekian terima kasih.

  8. Hari ini teknologi komputer berada dimana-mana. Kadang-kadang ditempat yang kita tidak sangka. Kereta, telefon, kalkulator mahu pun mesin basuh mempunyai teknologi komputer terbina dalam (build-in). Sedar atau tidak komputer sudah menjadi sebahagian dari hidup kita. Seperti alat-alat lain ada baik dah buruknya. Terpulang kepada adik-adik untuk menggunakan sebaik-baiknya.
    Secara am, apabila sebut mengenai komputer adik-adik pastinya akan terbayang internet. Jaringan komunikasi tanpa batasan ini telah berkembang pesat sejak 1960an lagi. Faedahnya adik-adik dapat rasai sekarang ini. Tidak kira hujan panas adik-adik masih dapat “pergi” ke gedung-gedung ilmu yang “buku-buku”nya tidak akan habis untuk dibaca. Jika dulu ayah ibu kita perlu berjalan berbatu-batu untuk sampai ke perpustakaan, kini adik-adik tidak perlu lagi. Hanya perlu duduk dihadapan komputer dan manafaatkan kegunannya. Kalau dulu, untuk membuat perbincangan dengan rakan-rakan sekelas adik-adik perlu duduk semeja sekarang adik-adik boleh melakukannya dimana sahaja dengan berada atas talian (online). Pembelajaran atas talian kini lebih interaktif, tidak perlu pensel dan kertas, dengan penggunaan papan kekunci dan tetikus adik boleh menjawap soalan-soalan latihan yang diberikan. Adik-adik perlu merebut segala peluang yang ada demi kebaikan diri. Jika tidak pasti, jangan malu-malu bertanya. ^_^ .Sekian. -AzhaRadzi

  9. Bak kata pepatah sesat jalan jangan malu bertanya begitulah juga dengan belajar menggunakan komputer. Mula-mula memang rasa takut nak tekan keyboard, tapi bila dah biasa tentu tak kekok lagi. Seingat saya masa saya mula menyentuh komputer ialah masa di sekolah menengah waktu tu masuk kelas komputer semua nak tunggu arahan cikgu. Takut kalau tekan yang bukan-bukan nanti komputer rosak pulak. Bila dah masuk maktab, penggunaan komputer dah ada tapi assignment masih lagi taip pakai typewriter. Bila dah bekerja barulah mula menggunakan komputer sepenuhnya. Setiap hari menggunakan komputer makin banyak perkara yang kita akan pelajari dan kerja menjadi semakin mudah. Yang penting semangat untuk mencuba tu perlu ada. Negara semakin maju jadi daya pemikiran dan pengetahuan kita juga perlu maju seiring dengan aspirasi negara. Sebagai ibubapa kita juga perlu ada pengetahuan tentang komputer supaya kita boleh memantau aktiviti anak-anak kita yang mahir dengan komputer almaklumlah anak-anak ni lebih advance daripada kita. Jangan mereka menyalahgunakan kemahiran dan pengetahuan mereka kepada perkara-perkara yang negatif pula. Sebagai warga SKSI dan juga guru saya rasa kita memang perlu ada pengetahuan tentang komputer dan setiap maklumat boleh kita perolehi dengan mudah hanya dengan melayari internet dan segala maklumat boleh kita sebarkan pada anak-anak didik kita insyaalah. Sekian.

  10. […] Kepentingan Komputer Dalam Kehidupan March 2010 9 comments 4 […]

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: