5 Comments

Majlis Perpisahan Guru Besar : Terima Kasih Cikgu

SKSI – 21 Ogos merupakan hari yang menyedihkan bagi semua Warga SKSI kerana pada tarikh inilah En. Norman Bin Zainal, Guru Besar Cemerlang SKSI memberikan ucapan terakhirnya sebagai Guru Besar SKSI. Beliau akan memulakan tugas di SK Seriting Hilir Kompleks pada Hari Isnin, 23 Ogos nanti selepas menaburkan bakti di SKSI selama hampir 2 tahun. Warga SKSI tidak melepaskan peluang terakhir ini untuk mengadakan satu majlis perpisahan bagi menghargai segala usaha beliau di sini.

Sebaik tiba di pintu dewan SKSI, ketua pelajar, Mohd Afiq Jalaludin menyarungkan kain selendang sebagai simbolik kepada ucapan selamat jalan untuk tuan guru besar, En. Norman Bin Zainal. Majlis kemudiannya dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Asif. Ucapan untuk guru besar dimulakan oleh Ketua Pelajar diikuti Pengerusi PIBG, En Othman Bin Manaf dan GPK 1, Tn Hj Azizan. Acara kemudiannya diteruskan dengan ucapan guru besar sendiri.

Majlis kemudiannya diteruskan dengan penyampaian hadiah oleh wakil-wakil kelas, PIBG, pentadbiran sekolah dan KKGP. Sebaik selesai acara ini, pelajar tahun 5 dan 6 menyanyikan 2 buah lagu untuk guru besar sebagai tanda terima kasih. Majlis bersurai pada pukul 12 tengahari. Namun waktu ini digunakan sepenuhnya oleh warga SKSI untuk bersalam dan mengucapkan selamat maju jaya kepada En. Norman Bin Zainal buat kali terakhir.

KLIK “READ MORE” DIBAWAH UNTUK MELIHAT GAMBAR-GAMBAR YANG DIAMBIL SEPANJANG MAJLIS

This slideshow requires JavaScript.

KEPADA SEMUA WARGA SKSI YANG INGIN MEMBERIKAN UCAPAN KEPADA EN. NORMAN BIN ZAINAL BOLEH MENINGGALKAN UCAPAN ANDA DALAM RUANGAN KOMEN DI BAWAH.

About these ads

About ReddersCreepers

I'm a Liverpool fan from Malaysia. I blog in Malay for the local fan here ;-)

5 comments on “Majlis Perpisahan Guru Besar : Terima Kasih Cikgu

  1. Terima kasih atas semua pertolongan dan sokongan cikgu sepanjang saya di SKSI..tanpa sokongan cikgu saya takkan mampu jalankan semua aktiviti yang dirancang..semoga cikgu bertambah cemerlang di sekolah baru…

  2. Salam ramadhan..Sepanjang 13 tahun saya berada di bumi SKSI, inilah kali pertama saya menitiskan air mata ketika mengendalikan majlis perpisahan. .

  3. Terima kasih diatas segala idea dan pandangan cikgu terutamanya dalam meningkatkan prestasi pelajar Tahun 6. Pengalaman bekerja di bawah pimpinan cikgu amat kami hargai. Terima kasih sekali lagi kerana memberi sokongan dan kepercayaan yang penuh kepada kami dalam menjalankan setiap aktiviti Tahun 6. Kami amat senang bekerjasama dengan cikgu dan kami harap sekolah ini dapat menempa kejayaan berterusan di masa akan datang. Saya juga mendoakan agar cikgu bertambah cemerlang dan berjaya di sekolah baru.. Kejayaan sesebuah sekolah amat bergantung kepada sokongan padu, kerjasama dan keakraban dari guru-guru dan pentadbir dalam organisasi itu sendiri.

  4. salam ramadhan..
    belum ponah laie dek hati kejantanan saya ini terasa sebak..pemergian tuan Guru Besar yang amat dedikasi in. Banyak benda yang saya pelajari dari Tuan GB.
    terlalu pendek perkhidmatan Tuan GB di hati warga SKSi…
    tersa kehilangan plak rasa..
    terkilan pun ade…tak penah dipantai PnP bersama dgn GB…..
    keperihatian bos… tak kan dapat dirasai lagi…ikan-ikan akan merindui gb norman…
    selamat bertugas ditempat baru,…
    maafin diri saya ini kalua do yang tersinggung dek hati n perasaan…
    sye nie…huhahuha org….eh..
    tapi tatap sadis…. cikgu xado…
    lopeh nie xado laie kito meting kek luar…
    kathotel…
    kek skolah lah jawab eh..

  5. Salam Ramadhan ke GB Norman…. maaf di atas segalanya sepanjang memimpin SKSI.Terima kasih diatas segala kerjasama terutamanya dalam kerjasama menjayakan sesi temuramah menyiapkan assigment PJJ. Sepanjang 1 tahun 10 bulan, beliau seorang GB yang terbuka dan senang mendapat kerjasama dalam apa saja program yang dirancang. Moga panjang umur murah rezeki… Insya Allah lain masa kita pasti akan bertemu jua.

    Syukran atas segalanya. Selamat Hari Raya Idil Fitri yang akan menjelang tiba

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: