Seorang ayah datang kepada Umar Al-Khatab r.a, Khalifah Islam kedua untuk mengadu tentang kederhakaan anak lelakinya. Khalifah Umar pun memanggil si anak dan menasihatinya. Beliau mengingatkan bahawa anak wajib taat kepada dua orang tuanya serta tidak mengabaikan hak-haknya.
Lalu anak itu menjawab ” Wahai Amirul Mukminin” bukankah seorang anak itu mempunyai hak terhadap orang tuanya?.
” Sudah tentu, jawab Umar r.a Apa hak tersebut, wahai Amirul Mukminin?’ ” Bahawa bapanya wajib memilih ibu yang baik baginya, memberikan nama yang baik kepadanya serta mengajarkan al-Quran kepadanya, jawab Umar r.a
Wahai Amirul Mukminin, bapaku tidak melakukan itu semua. Ibuku adalah seorang ( Majusi ) penyembah api. Dia memberikan ku nama Ju’al ( yang beerti kotoran kumbang ) dan dia tidak mengajarkan kepadaku satu ayat pun dari al_Quran.
Kemudian Umar r.a menoleh kepada bapa anak tersebut dan berkata: ” Engkau datangbkepadaku untuk mengadu ketidaktaatan anakmu, padahal engaku terlebih dahulu gagal melaksanakan tugas-tugasmu kepadanya.Engkau telah melakukan kesalahan kepadanya xsebelum dia melakukan kesalahan kepadamu.”
Ya, kita selalu membicarakan kederhakaan anak terhadap orang tuanya tetapi jarang sekali kita bincangkan kederhakaan ibu bapa terhadap anak. Padahal jika diamati, terlalu tenggungjawab ibu bapa terhadap anak yang jika diabaikan, ibu bapa itulah yang mendehakai anaknya.
AMARAN UNTUK IBU BAPA
Peringatan daripada :-
- Ibn Umar – berkata Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:” Sesiapa yang mengabaikan anaknya dan mencelanya di dunia ini, maka Allah akan membongkarkan cacat celanya pada hari kiamat di hadapa para saksi sebagai balasan yang setimpal.
- Al-Khasykhasyas al_Anbari berkata :, Aku datang mengadap Rasulullah s.a.w dengan membawa anak lelaki. Baginda bertanya yang bermaksud;’ Apakah ini anak mu, saya menjawab Ya, Baginda kemudian bersabda, Jangan sampai kamu menyakitinya dan jnagan pula dia menyakitikamu.
Kita tidak mahu dianggap gagal dalam menjalankan tanggungjawab atau peranan sebagai ibu bapa. Hal ini kerana kejayaan dalam bidang apa pun tidak ada ertinya jika kita gagal dalam tanggungjawab asasi kita. Rasulullah bersabda :’ Setiap kamu adalah pemimpin dan kamu akan dipersolakna tentang kepimpinan itu.
TUGAS KEIBUBAPAAN TUGAS YANG PROFESIONAL
Antara ciri-ciri ibu bapa yang Mukmin dap profesional :-
- Lemah lembut dan tidak kasar
- Sabar
- Penyayang
- Mengambil yang paling ringan daripada dua perkara selama mana perkara itu tidak berdosa
- Menjauhi sifat marah
- Bersikap sederhana dan seimbang
- Mempunyai kemahiran komunikasi
- Tahu mengenal pasti msalah dan menyelesaiknya
Sama-samlah kita renungkan adakah kita ibu bapa yang derhaka sebaliknya…….. kepada anak-anak kita.
Wassalam
Dari : Ustaz Mohd Asif Bin Ahmad