Leave a comment

Kenapa kita lupa?

Beberapa perkara yang menyebabkan manusia lupa :

  1. Maklumat terlalu lama
  2. Gangguan
  3. Tekanan atau kebimbangan
  4. Minat
  5. Perubahan Alam Sekitar
  6. Masa yang tidak mencukupi
  7. Maklumat yang tidak lengkap

Keusangan
Maklumat hilang kerana peredaran masa.

Gangguan
Lupa kerana cubaan untuk mengingat semula (recall) dihalang oleh maklumat lain dalam memori.

Tekanan & kebimbangan
Lupa kerana tekanan dan kebimbangan yang tinggi. Contohnya tekanan dan kebimbangan semasa menghadapi peperiksaan boleh menyebabkan lupa.

Minat
Lupa kerana perkara yang ingin diingat kurang diminati. Pelajar biasanya dapat mengingat fakta dalam jangka masa yang lama bagi subjek yang diminati.

Perubahan Alam Sekitar
Contohnya perubahan nama jalan akan menyulitkan seseorang mengingat peristiwa berkaitan dengan persekitaran jalan tersebut.

Masa yang tidak mencukupi
Contohnya pelajar yang tidak mempunyai cukup masa untuk mengulangkaji akan lupa banyak fakta semasa peperiksaan.

Maklumat tidak lengkap
Semasa pengajaran, guru perlu memberikan banyak contoh supaya maklumat yang diterima pelajar adalah lengkap dan dapat disimpan lebih lama.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: