3 Comments

Perkongsian Ilmu : Tips untuk membeli durian!

Pembeli durian di pasaran sering tertipu apabila membeli durian di kedai-kedai buah. Masalah yang sering kedengaran ialah durian tersebut muda, korang, dingkir dan berulat. Penjual-penjual durian ini selalunya akan melakukan pelbagai cara untuk menghabiskan hasil jualannya itu. Segala permasalahan tersebut adalah akibat daripada penjual itu sendiri yang kurang pandai semasa membeli durian daripada penduduk kampung.

Pada kebiasaannya peraih akan membeli durian dengan harga yang murah, disebabkan itu sebagai tanda protes daripada pekebun akan menjual durian yang muda, korang, dinkir dan berulat. Jadi setelah kesemua durian itu dibeli maka pejual durian terpaksa menjual juga durian-durian tersebut. Jikalau tidak habis dijual maka penjual terpaksa menanggung sendiri kerugian itu. Akibat daripada semua itu, maka penggunalah yang menjadi mangsanya.

Di bawah ini dinyatakan tips , agar pengguna tidak tertipu :

1) Masalah Durian Muda :

Bagi mengelakkan terbeli durian muda ini, pengguna hendaklah menggoncang durian tersebut. Apabila kedengaran bunyi bergoncang maka durian itu benar-benar masak. Selain menggoncang, durian masak pada kebiasaannya mengeluarkan bau yang sungguh menyegarkan. Ada juga durian kurang mengeluarkan bau, bagi mengatasi masalah ini pengguna hendaklah memegang durian tersebut dan rapatkan durian tersebut kehidung serta bau dicelah jari anda. Dengan berbuat demikian anda akan terhidu bau durian yang masak. Jika tidak berbau juga ternyatalah durian itu muda.

2) Masalah Durian Berulat.

Bersambung……

3 comments on “Perkongsian Ilmu : Tips untuk membeli durian!

  1. bile nak sambung ni? lama dah tggu..hehe

  2. ha la cikgu..bilo nak sambung nih..musim doyan nih

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: