Leave a comment

Tips Blog : Mengecilkan Saiz Gambar

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera saya ucapkan kepada semua Warga SKSI. Hari ini saya akan kongsikan beberapa cara untuk mengecilkan saiz gambar. Kenapa kita perlu kecilkan saiz gambar? Tak bolehkah kita muat naik gambar yang bersaiz besar terus dari kamera digital?

OK..Kebiasaannya, gambar dari kamera digital bersaiz besar seperti yang ditunjukkan dalam gambar dibawah.

Gambar asal biasanya bersaiz besar

Gambar yang besar akan mengambil masa yang lama untuk muat naik.Gambar yang besar juga akan mengambil masa untuk dipaparkan sewaktu kita membuka satu-satu laman web atau blog. Satu lagi sebab kenapa gambar perlu dikecilkan terlebih dahulu ialah untuk menjimatkan penggunaan ruang yang disediakan untuk blog sekolah. Cara ini juga seeloknya digunakan sebelum muat naik gambar ke laman-laman lain seperti Facebook dan MySpace.

Cara yang paling mudah sekali untuk mengecilkan gambar adalah menggunakan perisian PAINT yang ada dalam sistem Windows anda. Berikut adalah cara-caranya :-

1. Klik Kanan pada gambar yang ingin dikecilkan dan Klik Edit

Gambar biasanya akan dibuka menggunakan PAINT. Sekiranya gambar tidak dibuka dalam PAINT, Klik Kanan dan pilih Open With dan pilih perisian PAINT.

2. Cari fungsi Resize pada menu dan klik.

Setelah anda klik butang Resize, satu tetingkap akan dipaparkan seperti dalam gambar dibawah

Isikan peratus saiz gambar yang dikehendaki.Sekiranya anda hendak mengecilkan SEHINGGA 30%, isikan 30%. Gambar yang terhasil akan bersaiz 30% dari saiz fizikal asalnya.

3. Setelah berpuashati, klik butang Save As dan pilih format JPEG. Anda akan mendapat hasil seperti dibawah. Selamat Mencuba!

About ReddersCreepers

I'm a Liverpool fan from Malaysia. I blog in Malay for the local fan here ;-)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: