1 Comment

Minggu Bahasa Melayu SKSI

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua warga SKSI. Pada minggu ini (5-9 April 2010) akan diadakan Minggu Bahasa Melayu. Antara pertandingan yang akan diadakan adalah seperti berikut.

1. Pertandingan Menulis Karangan Menggunakan Microsoft Word (Tahap 2)
Tajuk – Bincangkan faedah penggunaan komputer dalam kehidupan harian kamu.
Karangan boleh dibuat di makmal atau di rumah. Pemenang akan dipilih berdasarkan dua kategori, penulisan dan kemahiran menggunakan Microsoft Word. Karangan hendaklah dihantar selewat-lewatnya Hari Jumaat, 9 April 2010.


2. Kuiz Bahasa Melayu Online(Tahap 2)
Jawab Kuiz


3. Pertandingan Membuat Slaid PowerPoint (Tahap 2)
Senaraikan lima penjodoh bilangan. Kemudian, berikan tiga contoh penggunaan penjodoh bilangan tersebut. Seterusnya, bina dua ayat menggunakan penjodoh bilangan tersebut.

Contoh :
1.  buah
*  sebuah rumah
*  sebuah kapal
*  sebuah buku
Ayat :
1.  Datuk saya mempunyai sebuah rumah tradisional di kampung.
2.  Puan Kamala membeli sebuah buku resepi yang dihasilkan oleh seorang Chef Wan.
Jumlah slaid adalah bebas. Pemenang akan dipilih berdasarkan ketepatan bahan dan juga kreativiti. Slaid boleh dibuat di rumah atau di makmal sekolah. Slaid hendaklah dihantar sebelum Jumaat, 9 April 2010.

4. Teka Silang Kata (Tahap 2)

Jawab Disini

Sebarang pertanyaan atau masalah boleh berjumpa dengan Pn Nooraini atau En Dzul Fadli Akmal. Semoga berjaya!

About ReddersCreepers

I'm a Liverpool fan from Malaysia. I blog in Malay for the local fan here ;-)

One comment on “Minggu Bahasa Melayu SKSI

  1. […] Minggu Bahasa Melayu SKSI April 2010 […]

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: