Leave a comment

Tips Internet : Keselamatan

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua Warga SKSI. Memandangkan ramai pelajar yang mempunyai emel dan akaun rangkaian sosial seperti Facebook, MySpace dan lain-lain, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk memberikan sedikit panduan kepada para pelajar.

Ikut Syarat-Syarat Am
1. Ikut syarat-syarat menggunakan internet yang telah ditetapkan oleh keluarga anda – biasanya syarat ini dibuat supaya anda dapat berseronok dengan internet dan kekal selamat.
2. Jangan buat apa-apa yang memerlukan pembayaran dibuat melainkan dengan bantuan ibu bapa.
3. Beritahu ibu bapa anda sekiranya anda tidak selesa dengan apa yang anda baca di internet.
4. Internet adalah satu komuniti manusia yang disambungdengan komputer, jadi layan orang yang anda tidak kenal sepertimana anda layan orang yang anda tidak kenal di dunia nyata.

Sebelum melayari web, ikut langkah ini untuk menambah baik keselamatan komputer anda (dapatkan bantuan ibu bapa jika anda tidak tahu)
1. Pastikan Internet Firewall dipasang.
2. Kemaskini semua perisian dan sistem operasi anda.
3. Gunakan antivirus yang telah dikemaskini.
4. Gunakan antispyware yang telah dikemaskini.

Jaga maklumat peribadi anda
1. Jangan kongsikan maklumat seperti nama penuh anda, no telefon, alamat dan sekolah dengan orang tak dikenali.
2. Jangan sekali-kali menghantar gambar anda kepada orang yang tidak dikenali.
3. Jang berikan password anda kepada sesiapa kecuali orang yang bertanggungjawab dalam keluarga anda.
4. Jangan isi borang online tanpa pengetahuan ibu bapa anda. Ada laman yang menggunakan borang online untuk mengumpul data anda untuk tujuan pengiklanan dan tujuan lain.

Jangan Simpan, Dapatkan Bantuan Ibu bapa
1. Jika seseorang berkata sesuatu, menghantar sesuatu atau anda terlihat sesuatu yang kurang menyenangkan dapatkan ibu bapa anda, mereka tahu apa yang perlu dibuat.
2. Bukan semua yang anda baca diatas talian(online) benar. Anda digalakkan memberitahu ibu bapa andainya anda tidak pasti.

Menguruskan Kenalan Siber
1. Membuat perancangan untuk berjumpa dengan kenalan siber biasanya membawa kepada keburukan. Orang yang anda kenal diatas talian mungkin berbeza dengan dirinya yang sebenar. Jika anda merancang untuk berjumpa juga dengannya, rancang bersama ibu bapa anda dan pergi bersama mereka.
2. Jangan aturkan perjumpaan dengan kenalan siber tanpa kebenaran ibu bapa anda.

Keselamatan Internet dan Emel
1. Jangan buka emel, fail atau laman web yang anda dapat dari orang yang anda tidak kenal/percaya.
2. Jangan respon kepada mesej syarikat-syarikat yang bertanyakan maklumat keselamatan anda seperti username dan password.
3. Jangan buka emel dari orang yang tak dikenali. Jangan buka attachment dalam emel anda walaupun dari orang yang dikenali melainkan anda yang memintanya.

Maklumat ini diterjemahkan daripada laman web CyberSecurity. Klik disini untuk membaca artikel asal.

About ReddersCreepers

I'm a Liverpool fan from Malaysia. I blog in Malay for the local fan here ;-)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: