Leave a comment

Tips Keselamatan – Rangkaian Sosial

Diterjemah dari artikel bertajuk “Safe Practice on Social Networking Sites”
oleh Sharifah Roziah Binti Mohd Kassim, CyberSecurity

Pengenalan : Laman rangkaian sosial adalah sebarang laman yang membenarkan pengguna untuk membuat profil mereka sendiri dan kemudiannya membentuk hubungan atau rangkaian dengan pengguna lain dalam laman yang sama. Contoh laman rangkaian sosial yang popular ialah Facebook, Twitter,MySpace, Friendster, Tagged dan Bebo.

Berikutan peningkatan bilangan ancaman dalam laman rangkaian sosial seperti penyamaran, kejuruteraan sosial, penyebaran kod-kod berbahaya dan pencurian data, adalah sangat mustahak bagi pengguna laman-laman ini untuk mengelakkan dan mengurangkan risiko-risiko yang berkemungkinan dihadapi sewaktu menggunakan laman tersebut.

Amalan keselamatan:

a) Jangan dedahkan terlalu banyak maklumat peribadi seperti alamat rumah, nombor telefon dan rutin harian. Semakin banyak maklumat yang anda dedahkan, semakin mudah anda dijadikan sasaran oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.

b) Jangan berkongsi maklumat sensitif atau peribadi seperti akaun bank, nombor kad kredit, nombor kad pengenalan dan nombor passport kepada orang yang tak dikenali kerana maklumat ini boleh digunakan untuk aktiviti penipuan diatas talian.

c) Hadkan akses kepada profil anda kepada orang yang dikenali seperti keluarga dan sahabat yang boleh dipercayai sahaja.

d) Pastikan anda lebih berhati-hati dengan individu dari laman rangkaian sosial anda kerana sesetengah individu mungkin tidak jujur dalam memberitahu anda maklumat diri mereka atau niat mereka. Pastikan anda telah mengesahkan maklumat mereka sekiranya anda ingin berinteraksi dengan mereka.

e) Pastikan anda sentiasa memeriksa aturan (setting) untuk privasi. Pastikan aturan privasi telah dihadkan kepada kawan-kawan dalam senarai anda sahaja. Jangan hantar post yang bersifat peribadi sekiranya anda tidak mahu orang awam melihatnya. Pastikanjuga anda berhati-hati sewaktu menggunakan aplikasi online yang disediakan untuk laman tersebut. Pastikan maklumat apa yang boleh dan tidak boleh diakses oleh aplikasi tesebut.

f) Gunakan kod akses. Cara ini dapat mengelakkan orang yang tidak berkenaan mengubah maklumat dalam profil anda.

g) Anda mesti menggunakan kata laluan (password) yang kuat (gabungan huruf, nombor dan karekter lain) untuk mengelakkan orang lain menggunakan akaun anda untuk menyamar dan menganggu anda serta pengguna lain. Jaga kata laluan anda dengan baik dengan tidak membiarkan kata laluan yang disalin dibiar merata-rata  dan jangan kongsi kata laluan anda.

h) Pastikan komputer anda mempunyai antivirus yang dikemaskiniuntuk mengesan dan membuang malware. Penyerang boleh mengunakan rangkaian sosial untuk menyebarkan kod-kod merbahaya atau membuat aplikasi online yang nampak selamat namun menjangkiti komputer anda tanpa disedari.

i) Elakkan penggunaan komputer yang tidak selamat seperti di kafe siber atau perpustakaan awam untuk mengakses akaun rangkaian sosial anda kerana komputer tersebut mungkin mengandungi malware yang boleh merekod kata laluan anda.

j) Berhati-hati ketika menghantar gambar anda kerana gambar itu boleh diubah serta digunakan untuk memalukan atau memburukkan anda.

k) Laporkan kepada pihak yang berkenaan sekiranya anda diganggu atau diancam secara online. Anda boleh laporkan di balai polis berdekatan atau penyedia perkhidmatan internet anda dn berikan laporan dengan maklumat yang terperinci. Anda juga boleh melaporkan kepada kami melalui cara-cara berikut..

Email             – mycert@mycert.org.my
Phone            – 03-89926969 / 1-300-88-2999 (Waktu pejabat sahaja)
Faks                – 03-89453442
Handphone – 0192665850 (24 Jam)
SMS                – CYBER999 REPORT <EMAIL> <COMPLAINT> to 15888

Kesimpulan : Laman rangkaian sosial adalah trend terbaru yang diamalkan oleh pengguna internet,namun pengguna dinasihatkan untuk mengambil langkah berjaga-jaga dan peka dengan apa yang diletakkan diprofil mereka lebih-lebih lagi sekarang enjin carian mampu melakukan carian yang mendalam keatas laman-laman ini.

Rujukan 1  – United States Computer Emergency Readiness Team
Rujukan 2 – Microsoft Online Safety
Rujukan 3 – Federal Trade Commision
Rujukan 4 – Nirmaltv.com

About ReddersCreepers

I'm a Liverpool fan from Malaysia. I blog in Malay for the local fan here ;-)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: