Leave a comment

TAZKIRAH RAMADHAN – Aurat Perempuan Yang Dilupakan

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh…

Tuan / Puan yang dirahmati sekelian,sekarang kita berada di 10 malam yang terakhir Ramadhan. Adakah ibadat puasa kita lebih baik daripada tahun-tahun lepas ? Ataupun tiada perbezaan . Menyentuh tentang aurat lelaki dan perempuan banyak  dibincangkan  dan diperjelaskan  dalam Al – Quran mahupun al-Hadis.  Ada 13 aurat perempuan yang dilupakan dan perlu kita ingati untuk kebaikkan bersama.

Bulu Kening

Menurut Imam Bukhari : ” Rasulullah s.a.w melaknat perempuan yang mencukur ( menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening )”. ( Riwayat  Abu Daud didalam Kitab Fathu Bari )

Kaki ( tumit kaki )

“Dan janganlah mereka ( perempuan ) membentakkan kaki ( atau mengangkatkanya ) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikanya.” ( Surah An-Nur : 31 )

Wangian

” Siapa sahaja wanita yang memakai wangi- wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata adalah zina.” ( Riwayat Nasaie . Ibnu Khuzaimah dan Hibban

Dada

” Hendaklah mereka perempuan melabuhkan kain tudung hingga menutup dada-dada mereka.” ( Surah An-Nur : 31 )

Gigi

” Rasulullah s.a.w  melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya.” ( Riwayat At-Thabrani)

Muka dan leher

dan tinggallah kamu perempuan di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasanmu seperti orang Jahilliyah yang dahulu.”

  • bersolek (make-up )
  • menurut Maqatil : Sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakan leher seperti orang Jahilliyyah.

Muka dan Tangan

” Asma Bin Abu Bakar telah menemui Rasulullah dengan memakai pakaian yang nipis. sabda Rasulullah s.a.w. ” Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah sahaja. ( Riwayat Muslim Dan Bukhari )

Tangan

” Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya.”(Riwayat At Thabrani dan Baihaqi )

Mata

” Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian  daripada pemandangannya.” ( Surah An-Nur : 31 )

Pakaian

” Barangsiapa yang memakai pakaian yang berlebih-lebihan, maka allah taala akan memberikan pakaian kehinaan di Hari akhirat .

( Riwayat ahmad, abu daud,nasaie dan Ibnu Majah.

” sesungguhya sebilangan ahli neraka adalah perempauan-perempuan yang berpakaian tetapi bertelanjang( berpakaian ketat )  yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidaka kan masuk syurga  dan tidak aklan mencium baunya.” ( Riwayat Bukhari dan Muslim )

  • Berpakaian nipis / jarang
  • Berpakaian ketat / mengikut bentuk badan
  • Berpakaian berbelah / membuka bahagian bahagian tertentu

hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu,anak perempuan dan isteri -isteri orang mukmin, hendaklah memakai baju labuh atau longgar yang demikian itu supaya mereka  mudah dikenali. lantaran mereka itu tidak diganggu. Allah Maha Pengampun dan Maha Penyanyang. ( Surah Al-Ahzab : 59 )

Rambut

” Wahai anakku Fatimah! adapun perempuan yang akan digantung rambut hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya.” ( Riwayat Bukhari Dan Muslim )

Mulut ( suara )

” Janganlah perempuan -perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya. ada pun pandangan seterusnya tidak dibenarkan.” ( Surah Al-Ahzab : 32 )

Kemaluan

dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kemaluan mereka ( jangan berzina ) . Surah An-Nur : 31

” Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaianya bukan di rumah suaminya, melaikan di telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah SWT. ( Riwatay Tirmizi,Abu Daud dan Ibnu Majah )

LIHATLAH DIRI KITA….. BAGAIMANAKAH TANGGUNGJAWAB TERHADAP DIRI KITA SENDIRI?

Wassalam

About USTAZ MOHD ASIF AHMAD

SIMPLE AND STEADY

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: