Leave a comment

Sejarah

Bangunan sekolah mula dibina pada 19 Disember 1936 dan dinamakan  ‘Sekolah Rakyat ‘ oleh penduduk tempatan. Pada 4 Mei 1939 bangunan ini telah roboh akibat angin kencang. Murid-murid sekolah ini telah dipindahkan ke bangunan JKR yang berhampiran.

Pada 16 April 1941 sebuah bangunan baru telah dibina oleh kerajaan.Kini bangunan ini dinamakan ‘Dewan Kenangan’. Pada 29 Jun 1941 bangunan sekolah ini telah dirasmikan oleh DYMM Yang Di Pertuan Besar Negeri Sembilan, Almarhum Tuanku Abdul Rahman Ibni Tuanku Muhammad Shah.

Pada tahun 1952 sebuah bangunan baru dibina lagi di mana mengandungi 7 buah bilik darjah. Kini sebahagiannya digunakan sebagai pusat sumber, bilik guru dan makmal sains.

Pada 1 januari 1953, pentadbiran sekolah telah dibahagikan kepada dua bahagian ia itu Sekolah Lelaki dan Sekolah Perempuan. Awal tahun 1957 pentadbiran ini disatukan semula.

Pada tahun 1956 diwujudkan Sekolah Pertukangan Kayu. Pada 2 Ogos 1958 telah ditubuhkan pula Sekolah Pertukangan Besi. Walaubagaimana pun kedua-dua sekolah ini telah ditutup apabila kerajaan mengadakan ‘Rural Trade School’.

Pada 21 November 1973 sebuah bangunan dua tingkat telah dibina. Kini sebahagiannya digunakan sebagai pejabat sekolah, Bilik Guru Besar dan Pusat Kegiatan Guru bagi kawasan Batu Kikir.Sekolah Kebangsaan Serting Ilir didirikan padaTahun 1936 di kawasan perkampungan tradisional Serting Ilir. Luas kawasan sekolah ialah lebih kurang 4 ekar.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: